(1) Wanita mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat. Mempunyai pengaruh yang besar sebenarnya dalam membina generasi dan pengaruh. Agak panjang sekiranya saya nyatakan satu persatu peranan mereka yang cukup besar itu. Apa yang perlu kita waspadakan ialah seruan atau slogan yang ‘menarik’ golongan wanita. (2) Sebelum ini saya ada tulis beberapa artikel yang berkaitan dengan emansipasi, Feminisme dan Global Protest. (a) Frame normalisasi Feminisme. [1] (b) Emansipasi Sudan dan Gender Alert peringkat global. [2] (c) Emansipasi: Lubnan, Sudan dan Tunisia. [3] Ketiga-tiga artikel ini wajar diberi perhatian pada hari ini sebagai langkah berwaspada terhadap ‘hidden project’ yang dirancang oleh individu yang tidak dikenali. (3) Secara umumnya, frame Antarabangsa akan bermula dengan slogan-slogan yang menyeru kepada keadilan, hak kesamarataan dan sebagainya. Kemudian ia akan beralih kepada isu-isu yang berkaitan dengan penindasan terhadap kaum wanita, dan